Assalamualaikum semua,
Hari ini akak nak share pasal personal branding. Penting ke personal branding ini?
Kalau orang bisnes personal branding penting sebab ia akan menonjolkan diri mereka.
Apa mereka ada untuk orang sekeliling guna dan mafaatnya. Jangan menyampah dengan mereka kerana cara mereka untuk memasarkan produk mereka mungkinmenarik korang sebagai pelanggan.
Lihat sahaja Dato' Aliff Syurik dan DSV menyanyi dan berlakun ,kerana apa?Inilah personal branding mereka.
Akak nak share tips personal branding dimana akak telah buat coaching di group whatsapp.
Semua ada facebook bukan tetapi adakah setting untuk public atau private sahaja? kalau nak bisnes kena tukar setting kepada public dimana orang ramai boleh baca wall kita. Fb adalah wall kita dimana kita perlu buka kedai setiap hari dan awal pagi.
Sama macam kedai lain dimana kita bayar sewa dan monthly installment dimana kita perlu berniaga setiap hari untuk dapat income. Sama macam fb juga kena buka awla pagi setiap pagi tak kira mood swing ke ok ke ..kena buka.
Kena berani menulis di facebook kerana ia adalah dari hati kita. Bila menulis kena gunakan ejaan yang penuh bukan shortform atau ayat zaman kini. Kena professional tapi santai dan biar semua orang faham.
Kalau guna bahasa omputeh pun jangan kerap sangat sebab untuk memudahkan orang faham.Kalau terguna sesekali tak apa tapi jangan selalu ya.
Korang letak profile picture gambar siapa? kalau gambar kucing ke , gambar kereta ke sila tukar sekarang. Kerana orang nak beli barang atau produk mesti nak lihat rupa seller sebenar . Ini menunjukkan yang korang serius dengan bisnes.
Ini juga cara untuk bina buidl trust dengan customer.Orang tak nak beli barang dengan orang yang tak dikenali. Muali hari ini tukar gambar pictire profile korang letak muka korang ya kalau boleh biar jelas dan terang.
Kalau korang nak isi borang nikah semua detail kan , macam2 kena isi dalam borang. jadi sama juga dengan biodata fb di mana korang kena update dan tulis SIAPA ANDA. Ini adalah cara untuk buyer kenal siapa anda dan apa background anda.
Kalau sebelum ini korang hanya tulis biodata simple kali ini korang kena update kemas supaya orang boleh kenal siapa anda.
Ambil gambar yang cantik dan jelas.kalau boleh biar gambar penuh anda dengan pakaian yang cantik dan kemas. Ini adalah cara untuk buil dtrust dengan prospek.OOTD (outfit of the day) ini beri impak yang besar kepada kita kerana prospek akan percaya dengan kita ..ooo..ini rupanya dia . Hari ini dia pakai baju cantik la..eh tudung dia cantik tapi kulit dia lagi cantik.
Jadi selain selfie OOTD adalah cara yang paling bagus nak branding. Macam Vivy pos di ig orang bukannak tengok baju di atapi dia , orang nak tengok dia.Baju apa dia pakai, kasut apa dia pakai..nampak tak follower ken ada.
Boleh ke slefie dnegan produk? Boleh..lagi bagus sebab orang nak tahu seller ni betui2 ka atau cakap atau sekadar nak jual sahaja. Dia pun mungkin tak makan supplemen ni. Nampak tak DSV calit gincu , bedak, supplemen Qu Puteh ke diri dia sendiri? Pasai apa di abuat lagu tu? Dia nak branding untuk bina trust yang di aguna produk sendiri jadi orang akan percaya.
Rajin2 ziarah wall orang lain sekadar say hello atau beri salam. Sebab what you give you will get back. Jangan sombong sangat. Pagi2 beri salam di wall supaya orang lain akan join juga. Bila nak bisnes kena peramah dan kepochi juga. orang tak kenal awak jadi kenalkan diri awak dulu.
Kalau boleh rajin2 ziarah wall orang2 berjaya , like dnakomen di wall mereka.Mereka akan nampakkita lambat laun nanti.
akak suka komen di wall orang dantinggalkan jejak komen. Pasti ada yang akan pmnanti untuk tahu apa kita jual dan ada yang nak tips dan nasihat juga. Inilah masa bina trust dan rapport.
Kalau rasa marah atau meroyan jangan pos di fb kalau terpaksa juga set kepada for yourself only. Bila ada pos negatif orang baca akan beri impak pada bisnes kita. Orang nak seller yang baik dan positif dan bukan yang suka marah2 atau maki hamun.
Tak tahu nak share apa? Boleh share tips hari ini, konsgikan ayat2 hikmah atau kata2 motivasi untuk beri semangat kepada orang lain. Bila kita menulis yang positif ia akan sampaikepada pembaca wall kita.
Kalau asyik ada marah atau maki hamun buyer akan fikir berkali2 atau tak nak beli dari kita.
Kalau menulis di fb jangan terllau serius atau guna ayat2 yang official . Ini b ukan untuk kerja rasmi dik nonnn๐๐☻. Bahasa yang digunakan mesti santai dan bila baca rasa relaks.
Ada orang akan guna bahasa yang agak sastera , agak2 siapa yang nak baca ya?
kita ken abijak menulis supaya orang yang membaca rasa happy. Kalau tidak hanya scroll sahaja tanpa baca abis pun.. rugi tak?
Sekali sekala bila pos difb kena ada unsur komedi atau lucu. Kalau asyik cerita pasal produk sahaja orang akan bosan dan malas nak follow fb korang. Korang boleh masukkan cerit apasal family,kerja dan kawan2.
Kalauasyik ME...ME sahaja alamatnya bai..bai la nobody nak follow you. Cuba kongsikan hari ini akak ada meeting dengan bos. rasa gentar sebab dia nak akak bentangkan report bulanan. Akak risau lupa point penting. tapi tak apa akka ada Omega Guard yang boleh kuatkan ingatan akak. Masa ni poskan sekali gambar Omega Guard.Kaitakan steiap cerita dengan produk jadi reader tak perasan yang kita sednag promote.
Konsisten penting jangan pos selang seli ataupun jarang2. Orang nak beli barang tak tahu nak cari siapa. Kita kena pos setiap hari kalau boleh 20-30 pos sehari supaya orang nampak.
Biar sampai mereka muntah hijau pun tak apa kerana kit anak orang kenal kita , siapa kita dna apa kita jual.
Kalau boleh pelbagaikan pos korang macam fb live , buat video ke supaya orang tak bosan asyik membaca saja.
Kena tahu waktu nak pos jug jangan pos difb jam 2 pagi pulak masa tu orang tidur. Masa paling bagus adalah jam 8 pagi seba masa iniorangnak pergi kerja dan sarapan pagi. jama 1-2 petang sebab orang sednag lunch dan rehat sekejap dan jam 8 malam keatas kerana tika ini orang sedang berehat2 sambil baca fb.
Korang faham tak dnegan penjelasan akak ini mengenai Personal Branding?
Bila nak bisnes kena berani tonjolkan diri supaya orang kenal. Personal Branding adalah cara untuk memasarkan diri.
Kak Pija
Pasir Gudang











No comments:
Post a Comment